Skip to main content
Cari pekerjaan

Intel Malaysia

Mencipta indah Bersama Kami

Kami mencipta teknologi yang mampu mengubah dunia dan meningkatkan kehidupan setiap manusia  di planet ini

Mengapa Intel Malaysia hebat

Kerjaya yang bermanfaat. Prestasi yang berganjaran.

Kami percaya cara terbaik untuk merangsang inspirasi di kalangan warga kami adalah dengan menyediakan pelbagai peluang yang mencerminkan nilai syarikat dan memberi ganjaran sebagai penghargaan kepada sumbangan setiap pekerja di organisasi kami

Malaysian Woman in Home Office Standing at Desk

Kemudahan Tapak

Kami mempunyai pelbagai kemudahan di tapak untuk menceriakan masa kerja anda di Intel yang merangkumi, antara lainnya, kemudahan gim yang canggih dan kafeteria luas yang diilhamkan oleh warisan budaya Malaysia.

Manfaat gaya hidup

Tidak kira sama ada anda baru berumah tangga atau menuju gaya hidup yang lebih seimbang, Intel sentiasa akan menyediakan fleksibiliti dan sokongan pekerja. Ini termasuk pendidikan anak-anak, subsidi faedah pinjaman, fleksibiliti dan banyak lagi!

Pembelajaran dan Pembangunan Kerjaya

Di Intel, rasa ingin tahu akan mendorong kita untuk mengubah dunia. Kakitangan kami memupuk rasa ingin tahu itu dengan mengembangkan kemahiran mereka, mengukuhkan kebolehan kepimpinan mereka, dan menceburi dengan terbaik kebolehan peribadi mereka.

Bersama-sama Memberi Balik dan Melakukan Yang Terbaik Untuk Semua

Inovasi kami melangkaui teknologi dan produk yang kami cipta. Kami komited untuk melakukan yang perlu di pihak kami dan mengubah kehidupan dunia ini ke suasana yang lebih baik.

Group of young multiethnic Malaysian women

Penglibatan komuniti

Selain menjangkau teknologi, penumpuan kepada keperluan komuniti telah menjadi jejak teras dalam menjadikan dunia tempat yang lebih selesa. Pada tahun 2022, lebih daripada 4.421 pekerja berjaya mencapai 77,500 jam sukarela dalam meraikan Ulang Tahun ke-50 Intel Malaysia.

Kepelbagaian, Ekuiti dan Kerangkuman

Tonggak (DEI) kami telah menjadi asas utama dalam memimpin tapak Malaysia yang pelbagai cirinya ke arah menjadi tempat bekerja terpilih dan hebat di samping bercirikan tenaga kerja yang mewakili semua.

Sertai komuniti bakat kami

Jadilah orang pertama untuk mendapatkan berita perkembangan terkini di Intel! Daftar untuk menerima berita terkini.

Daftar